Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Sumbangan Tabung Haji (TH) Travel sebanyak RM 10 ribu untuk Yayasan Anak Anak Yatim Wardatul Jannah.
Terima kasih semoga Allah memberkati dan memberi manfaat atas segala usaha kita di Jalan Fisabilillah..Amin..


Tuesday, July 8, 2014


Salam Ramadhan Al-Mubarak 2014/1434H

Ramadan iaitu bulan yang penuh dengan kemuliaan kini kembali lagi menemui kita semua. Saban tahun, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia kerana keberkatanNya.

Di bulan yang mulia ini, membantu golongan yang memerlukan tidak kira dalam bentuk apa sahaja adalah sesuatu amalan yang amat di galakkan malah dilipat kaligandakan balasan pahalanya.

Seperti mana Sabda Rasulullah SAW:

“Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam Syurga seperti ini.” Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya (jari telunjuk dan jari tengah yang dirapatkan), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam Syurga”. (Dari Sahl bin Saad R.A HR: Al- Bukhari)

Friday, July 4, 2014