Search This Blog

Friday, December 2, 2016

Taklimat Perancangan Zakat 2016

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan sekiranya melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walaubagaimana pun, kekeliruan tentang pengiraan serta kekangan aliran tunai kadang-kadang menjadi kekangan kepada mereka yang berhasrat untuk menunaikan tuntutan tersebut.





Sehubungan dengan itu, Yayasan Wardatul Jannah telah menganjurkan Taklimat Perancangan Zakat 2016 pada hari Sabtu 26 November 2016, bertempat di kediaman anak-anak Yatim Wardatul Jannah, Kota Damansara. Majlis dianjurkan bersama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan menghimpunkan para tetangga, jiran dan sahabat sekitar Kota Damansara.


Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai LZS iaitu En Iswaridin Derus (Ketua Jabatan Pengurusan Ejensi), En Nazrul Izwan Bisnan (Ketua Jabatan Perniagaan) dan En Firdaus Alias (Eksekutif Kanan Ejensi/Pelaburan). Antara pengisian majlis termasuklah
  1. zakat pendapatan
  2. zakat perniagaan
  3. agihan semula zakat yang dibayar kepada penama yang berkelayakan


Majlis berjaya menghimpunkan kira-kira 30 orang hadirin yang diharapkan dapat membantu menyebarkan maklumat tentang misi Yayasan mengutip zakat untuk tujuan membantu para asnaf secara umum, serta mengumpul komisen sebagai ejen sebanyak 3.5% daripada jumlah kutipan untuk digunakan bagi menampung kos opearsi rumah anak-anak yatim yang diusahakan.

Program diakhiri dengan jamuan ringan untuk para tetamu Yayasan.

Semoga usaha ini diberkati Allah.








Bengkel Zakat Perniagaan bersama LZS

LZS telah menganjurkan Bengkel Zakat Perniagaan pada hari Selasa 22 November 2016 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam. Pengisian bertujuan untuk mendedahkan ejen kutipan zakat lantikan LZS kepada tuntutan menunaikan zakat perniagaan beserta dengan pengiraannya.

Bengkel ini merupakan bengkel ketiga yang dihadiri oleh pihak Yayasan setelah dilantik secara rasmi menjadi ejen zakat LZS. Sebelum ini, wakil Yayasan turut menghadiri Bengkel Portal Zakat Online untuk Ejen bertempat di LZS serta Bengkel Zakat Harta di SACC Convention Centre.

Ucapan Perasmian oleh En Iswaridin Derus
Ketua Jabatan Pengurusan Ejensi
Yayasan telah diwakili oleh Dato' Shakir Husein Kalid, Datin Ani Mawar Abdullah, Saudara Asmizan Isman dan Saudara Mohd Rezza Azizi.



Progress Kompleks Pembangunan Insan Yayasan Wardatul Jannah

Kemelesetan ekonomi bukan sahaja memberi kesan kepada perniagaan dan industri di Malaysia, malah turut membantutkan progress pembinaaan Kompleks Pembangunan Insan yang disasarkan siap sebelum Aidil Fitri 2016.

Walaubagaimanapun, dijangkakan Kompleks tersebut akan siap sepenuhnya dan bakal beroperasi selewat-lewatnya sebelum Ramadhan 2017.



 


Sumbangan dan bantuan kewangan yang sedikit perlahan memaksa pihak jawatankuasa berfikiran kreatif untuk mencari jalan penyelesaian, insya Allah.


Selamat Datang Ahli Baru Yayasan Wardatul Jannah

Alhamdulillah Yayasan dimeriahkan semula dengan kehadiran ahli-ahli cilik dari sekitar Selangor setelah sekian lama pusat ini dihuni oleh para remaja yang mula menjengah alam kedewasaan setelah hampir 7-8 tahun bersama-sama dengan Yayasan.





Pencarian Anak-Anak Ambilan Baru Bermula

Dengan berakhirnya tahun 2016, beberapa orang anak didik Yayasan Wardatul Jannah akan meninggalkan Yayasan demi menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Sehubungan dengan itu pihak Yayasan sedang giat menjalankan aktiviti pengambilan baru untuk tahun 2017.

Lawatan dan penilaian diterajui oleh pihak pengurusan Yayasan,Tuan Hj Talib Yatim bersama Puan Mahanum Abdullah dan  En Mohd Hassanul Arif.








Sila hubungi Yayasan untuk maklumat lanjut.