Search This Blog

Tuesday, February 21, 2017

Tuisyen Bahasa Inggeris Berterusan

Tidak dinafikan anak-anak Yayasan agak lemah penguasaan Bahasa Inggeris.

Namun begitu, mereka bertuah kerana sentiasa ada sukarelawan sekitar yang sanggup meluangkan masa memberi bimbingan secara berterusan - antaranya oleh Puan Aida Norzeti ...


Friday, February 17, 2017

Kelas Fardhu Ain Pagi Ahad


Mesyuarat JK Dana 01/2017

Mesyuarat JK Dana pertama bagi tahun 2017 telah diadakan di pejabat AHAR Consults pada 17 Februari 2017.

Agenda berkisar sekitar program mengumpul dana untuk tujuan membeli perabot dan peralatan untuk Kompleks Pembangunan Insan yang sudah hampir disiapkan.



Program Tajaan Anak-Anak UPSR 2017

Seramai 4 orang anak-anak Wardatul Jannah akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2017 ini.

Alhamdulillah dengan bantuan para dermawan, anak-anak ini telah ditaja sebanyak RM 250 seorang untuk tujuan program persediaan UPSR yang dianjurkan oleh pihak sekolah.


Wednesday, February 8, 2017

Sumbangan Zakat AHAR Consults


Semoga Allah murahkan rezeki AHAR Consults yang bermurah hati menyumbang zakat untuk pembangunan anak-anak di Yayasan Wardatul Jannah!

Sumbangan disampaikan sewaktu Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah dijalankan untuk membincangkan cadangan program tahfiz di kompleks yang bakal disiapkan.

Sunday, February 5, 2017

Gotong Royong Lagi

Ekoran gotong royong di Surau Al-Ulum pada minggu sebelumnya, anak-anak meneruskan projek tertunggak dengan membantu meneruskan kerja-kerja pembersihan surau pada pagi Ahad 5 Februari 2017.


Seperti biasa, Hj Talib dan Puan Mahanum sedia membantu dan mengawasi usaha-usaha murni khidmat masyarakat ini.



Friday, February 3, 2017

Kelas Tambahan Bahasa Inggeris

Kelas tambahan sentiasa dititik beratkan untuk mempastikan anak-anak Yayasan standing dengan rakan-rakan sekelas di dalam pembelajaran mereka. Oleh itu pihak pengurusan berusaha menyediakan kelas-kelas tambahan di waktu petang dan malam untuk penghuni-penghuni Yayasan.



Untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM, Puan Haslena Ismail tampil membantu memberikan bimbingan peribadi dalam menguasai Bahasa Inggeris. Kelas dikendalikan di ruang ulangkaji tingkat 2 rumah Yayasan.

Mudah-mudahan usaha ini membuahkan hasil yang diharap-harapkan.