Search This Blog

Thursday, March 30, 2017

Tabung Kutipan Dana Kini Tersedia

4 buah Tabung Sumbangan Komplek Yayasan Wardatul Jannah telah disediakan oleh Jawatankuasa Dana Yayasan.

Tabung-tabung ditempatkan di surau-surau utama Kota Damansara seperti Surau Al-Ulum Seksyen 9, Surau Assahabah Seksyen 7 dan Masjid Kota Damansara.

Perlu dimaklumkan bahawa kutipan sumbangan melalui tabung tidak akan dikeluarkan resit pengecualian cukai kerana pihak yayasan tidak dapat mengenal pasti butir-butir peribadi penderma. Sekiranya anda berhajat mendapatkan resit tersebut, sila sampaikan sumbangan terus kepada Penolong Pengurus Yayasan di pejabat Yayasan, En Mohd Hassanul Arif, atau mana-mana AJK Yayasan.

Sila kongsikan maklumat dengan para dermawan yang berhasrat untuk menyumbang.

Tuesday, March 28, 2017

Bengkel Taksiran Zakat Terkini 2017

Lembaga Zakat Selangor sentiasa mengemaskini kaedah pentaksiran zakat bersesuaian dengan dapatan kajian dan fatwa terkini.

Lanjutan itu, bengkel tahunan sentiasa diadakan bagi berkongsi maklumat dengan ejen pungutan zakat yang dilantik oleh pihak LZS.



Bagi tahun 2017, bengkel telah dianjurkan di Hotel De Palma Shah Alam pada 28 Mac 2017 dan dihadiri oleh Datin Ani Mawar Abdullah, En Asmizan Isman dan En Mohd Hassanul Arif.



Monday, March 13, 2017

Seminar Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak

PERMATA telah menganjurkan Seminar "Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak" pada 13 - 14 Mac 2017 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Dato' Shakir Husein Kalid dan Datin Ani Mawar Abdullah telah menghadiri seminar tersebut sebagai persediaan mengendalikan kemungkinan berlaku risiko berkenaan terhadap anak-anak jagaan Yayasan Wardatl Jannah.

Seminar turut dihadiri oleh leh Ustaz Mahadi dari Smart Furqan.


Sunday, March 5, 2017

Projek Gotong Royong Kelab Anggun Damansara Damai

Para sukarelawan dan dermawan dari Kelab Anggun Damansara Damai telah mengadakan lawatan sehari ke rumah Yayasan Wardatul Jannah  pada 5 Mac 2017.

Rombongan disambut oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wardatul Jannah yang terdiri daripada Puan Mahanum, Puan Haslena, Puan Zuraifah, Puan Zuraidah serta Penolong Pengurus Yayasan Wardatul Jannah, En Mohad Hassanul Arif.



Program dimulakan dengan gotong-royong membersihkan rumah Yayasan ...


dan diakhiri dengan sedikit jamuan serta penyampaian sumbangan.




Thursday, March 2, 2017

Sumbangan Peralatan dan Kelengkapan Kompleks Pembangunan Insan

Pihak Yayasan berbesar hati menerima kunjungan Puan Zurina dari Shah Alam yang bermurah hati untuk menyumbangkan peralatan dan kelengkapan untuk Kompleks Pembangunan Insan apabila disiapkan kelak.



Puan Mahanum Abdullah telah mengiringi Puan Zurina untuk melawat dan melihat perkembangan pembangunan dan memberikan penerangan yang berkenaan.