4 buah Tabung Sumbangan Komplek Yayasan Wardatul Jannah telah disediakan oleh Jawatankuasa Dana Yayasan.
Tabung-tabung ditempatkan di surau-surau utama Kota Damansara seperti Surau Al-Ulum Seksyen 9, Surau Assahabah Seksyen 7 dan Masjid Kota Damansara.
Perlu dimaklumkan bahawa kutipan sumbangan melalui tabung tidak akan dikeluarkan resit pengecualian cukai kerana pihak yayasan tidak dapat mengenal pasti butir-butir peribadi penderma. Sekiranya anda berhajat mendapatkan resit tersebut, sila sampaikan sumbangan terus kepada Penolong Pengurus Yayasan di pejabat Yayasan, En Mohd Hassanul Arif, atau mana-mana AJK Yayasan.
Sila kongsikan maklumat dengan para dermawan yang berhasrat untuk menyumbang.