Search This Blog

Friday, December 2, 2016

Taklimat Perancangan Zakat 2016

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan sekiranya melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walaubagaimana pun, kekeliruan tentang pengiraan serta kekangan aliran tunai kadang-kadang menjadi kekangan kepada mereka yang berhasrat untuk menunaikan tuntutan tersebut.





Sehubungan dengan itu, Yayasan Wardatul Jannah telah menganjurkan Taklimat Perancangan Zakat 2016 pada hari Sabtu 26 November 2016, bertempat di kediaman anak-anak Yatim Wardatul Jannah, Kota Damansara. Majlis dianjurkan bersama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan menghimpunkan para tetangga, jiran dan sahabat sekitar Kota Damansara.


Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai LZS iaitu En Iswaridin Derus (Ketua Jabatan Pengurusan Ejensi), En Nazrul Izwan Bisnan (Ketua Jabatan Perniagaan) dan En Firdaus Alias (Eksekutif Kanan Ejensi/Pelaburan). Antara pengisian majlis termasuklah
  1. zakat pendapatan
  2. zakat perniagaan
  3. agihan semula zakat yang dibayar kepada penama yang berkelayakan


Majlis berjaya menghimpunkan kira-kira 30 orang hadirin yang diharapkan dapat membantu menyebarkan maklumat tentang misi Yayasan mengutip zakat untuk tujuan membantu para asnaf secara umum, serta mengumpul komisen sebagai ejen sebanyak 3.5% daripada jumlah kutipan untuk digunakan bagi menampung kos opearsi rumah anak-anak yatim yang diusahakan.

Program diakhiri dengan jamuan ringan untuk para tetamu Yayasan.

Semoga usaha ini diberkati Allah.








No comments: