Pihak Yayasan mengalu-alukan kedatangan dua ibu sukarelawan untuk menyertai Jawatankuasa Pengurusan Yayasan!
Selamat datang Puan Zuraidah dan Puan Zuraifah!
Mesyuarat pertama yang telah diadakan pada pagi Sabtu 14 Januari 2017 turut disertai oleh Penolong Pengurus Yayasan, En Mohd Hassanul Arif.
Mesyuarat diakhiri dengan ramah mesra bersama anak-anak yang menghuni Yayasan.