43 Jalan Rimba Riang 9/8 Kota Damansara Petaling Jaya Tel 03-61502421
Search This Blog
Thursday, June 16, 2011
Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat kepada Ibu-Ibu WardatulJannah
Pusat Pungutan Zakat membenarkan pembayar zakat yang melebihi RM 100,000 untuk menamakan calon penerima kepada 30% daripada zakat yang disumbangkan. Alhamdullillah, Saudara Rosli Dahlan telah bermurah hati untuk menamakan Yayasan Wardatuljannah dan ibu-ibu kepada anak-anak Wardatuljannah sebagai penerima kepada sumbangan beliau.
Cek bernilai RM 2,450.00 setiap satu telah disampaikan kepada para ibu pada majlis perjumpaan bulanan ibu dan anak pada hari Ahad 17 April 2011. Cek zakat tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Wardatuljannah bagi pihak Saudara Rosli Dahlan.
Pihak yayasan sangat-sangat menghargai sumbangan Saudara Rosli kerana sumbangan tersebut sedikit sebanyak telah meringankan beban kewangan ibu-ibu yang amat memerlukan. Pihak yayasan juga sangat berbesar hati sekiranya ada para dermawan yang berhasrat untuk membuat pembayaran zakat bagi tahun 2011 mempertimbangankan untuk menamakan Wardatuljannah sebagai salah satu penerima sumbangan zakat tersebut yang akan disalurkan oleh PPZ.
Tuesday, May 24, 2011
Sunday, January 30, 2011
Kempen McDonalds Prosperity untuk Wardatul Jannah Kini Bermula

McDonalds telah memulakan kempen "Prosperity Gives Back" di mana atas setiap pembelian prosperity meal, 10 sen akan disalurkan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah.
Memandangkan Prosperity Meal ini biasanya hanya dihidangkan di musim perayaan Tahun Baru Cina, tempoh kempen ini tidaklah lama. Oleh kerana itu, sambil-sambil menjamu selera di McDonalds bersama sahabat handai dan keluarga, apa kata saudara /i dermawan sekelian masukkan prosperity meals ke dalam pesanan. Insya Allah anak-anak yatim di Wardatul Jannah akan mendapat menafaat daripadanya.
Selamat menjamu selera sambil menderma!
Sunday, December 26, 2010
Tahniah untuk Adik Amirul Hessham
Tidak disangka-sangka Adik Amirul Hessham berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelas dan di atas kejayaan tersebut, Amirul telah menerima hadiah istimewa sempena Hari Anugerah Cemerlang 2010 Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Kota Damansara yang disempurnakan pada 11 November 2010.

Selain daripada itu, Amirul juga berjaya menjadi pelajar terbaik subjek Kemahiran Hidup untuk Darjah 6.
Pihak Yayasan Wardatul Jannah turut berkongsi rasa bangga di atas kejayaan Amirul. Diharapkan kejayaan Amirul akan mencetuskan semangat membara di dada anak-anak Wardatul Jannah untuk berusaha dengan lebih kuat demi menggenggam sebuah kejayaan.
Tahniah!
Selain daripada itu, Amirul juga berjaya menjadi pelajar terbaik subjek Kemahiran Hidup untuk Darjah 6.
Pihak Yayasan Wardatul Jannah turut berkongsi rasa bangga di atas kejayaan Amirul. Diharapkan kejayaan Amirul akan mencetuskan semangat membara di dada anak-anak Wardatul Jannah untuk berusaha dengan lebih kuat demi menggenggam sebuah kejayaan.
Tahniah!
Subscribe to:
Posts (Atom)