Sunday, February 5, 2017

Gotong Royong Lagi

Ekoran gotong royong di Surau Al-Ulum pada minggu sebelumnya, anak-anak meneruskan projek tertunggak dengan membantu meneruskan kerja-kerja pembersihan surau pada pagi Ahad 5 Februari 2017.


Seperti biasa, Hj Talib dan Puan Mahanum sedia membantu dan mengawasi usaha-usaha murni khidmat masyarakat ini.



Friday, February 3, 2017

Kelas Tambahan Bahasa Inggeris

Kelas tambahan sentiasa dititik beratkan untuk mempastikan anak-anak Yayasan standing dengan rakan-rakan sekelas di dalam pembelajaran mereka. Oleh itu pihak pengurusan berusaha menyediakan kelas-kelas tambahan di waktu petang dan malam untuk penghuni-penghuni Yayasan.



Untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM, Puan Haslena Ismail tampil membantu memberikan bimbingan peribadi dalam menguasai Bahasa Inggeris. Kelas dikendalikan di ruang ulangkaji tingkat 2 rumah Yayasan.

Mudah-mudahan usaha ini membuahkan hasil yang diharap-harapkan.


Sunday, January 29, 2017

Gotong Royong di Surau Al-Ulum

Khidmat masyarakat sambil mengeluarkan peluh!



 Seperti biasa, team Wardatul Jannah diketuai dengan jayanya oleh Hj Talib.

Friday, January 20, 2017

Sembahyang Berjemaah di Surau Al-Ulum

Pada kebiasaannya, anak-anak akan bersembahyang berjemaah di Yayasan kerana kekangan waktu mengejarkan kelas persekolahan, aktiviti ko-kurikulum dan kelas tambahan.




Walaubagaimanapun, pada hujung minggu, anak-anak dibawa memesrai surau sekitar, khasnya Surau Al-Ulum yang terletak berhampiran dengan rumah Yayasan. Anak-anak menunaikan solat bersama-sama Jemaah surau dan didedahkan dengan program ilmu yang dikendalikan oleh pihak Surau Al-Ulum


Saturday, January 14, 2017

Lawatan ke Smart Furqan

Ahli-ahli Pemegang Amanah Yayasan Wardatul Jannah telah mengadakan satu lawatan ke Smart Furqan bertempat di Seksyen 6, Kota Damansara.



Lawatan bertujuan untuk meninjau dan menambah ilmu pengurusan tahfiz integrasi sebagai persediaan untuk menguruskan pusat tahfiz integrasi Yayasan yang dirancang beroperasi pada bulan Julai 2017.

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan telah diperkenalkan dengan pihak pengurusan dan kakitangan Smart Furqan. Dato' Shakir Husein Kalid, Datin Ani Mawar Abdullah dan Hj Talib M Yatim telah dibawa melawat asrama, pejabat, dean makan, surau, kelas serta lain-lain fasiliti yang terdapat di pusat tahfiz tersebut. Pihak Pengurusan Smart Furqan juga telah bermurah hati berkongsi pengalaman dan tips-tips pengurusan terbaik bagi menjayakan sebuah program tahfiz integrasi.

Lawatan pada hari Sabtu 14 Januari 2017 tersebut diakhiri dengan sembahyang berjemaah Dzohor bersama-sama dengan pelajar-pelajar Smart Furqan.