Search This Blog

Thursday, August 28, 2014

1 Kelas 1 Hati 1 Hamper

Pada hari Khamis 28/08/14 anak-anak Wardatul Jannah telah dikejutkan dengan penghadiahan hamper dari SMK Seksyen 10 Kota Damansara yang telah singgah untuk menyumbangkan hamper kepada mereka.

Rombongan SMK S10 yang diketuai oleh Cikgu Hanim dari Unit Bimbingan dan Kaunseling tiba lebih kurang pukul 4.00 pm. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program unit tersebut yang dinamakan Program "1 Kelas 1 Hati 1 Hamper" di mana hamper-hamper diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih yang terdiri daripada rumah-rumah anak yatim dan rumah warga emas.

Pihak Wardatul Jannah berasa sungguh terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh SMK Seksyen 10 ini. Semoga usaha pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling akan memberi impak berkesan dalam menerapkan nilai-nilai murni di dalam jiwa anak-anak bimbingan mereka di sekolah tersebut.

Terima kasih Cikgu!



 

Tuesday, August 26, 2014

Kunjungan Raya ke Kediaman YB ADUN Kota Damansara


Sebagai penutup tirai Sambutan Aidil Fitri 2014, anak-anak Wardatul Jannah telah berkunjung ke kediaman ADUN Kota Damansara, YB Halimaton Saadiah Borhan, bertempat di Seksyen 8 Kota Damansara. Pelbagai juadah menyelerakan dihidangkan dan dinikmati dengan gembiranya - Alhamdulillah...

Kepada YB, terima kasih di atas jemputan. Kalau ada rezeki di lain hari, jemputlah kami lagi!

Saturday, August 16, 2014

Raya di Giat MARA Kota Damansara

Alhamdulillah Wardatul Jannah dikelilingi jiran-jiran prihatin yang sentiasa mengambil tahu dan berkongsi rezeki bersama.

Terbaharu anak-anak Wardatul Jannah telah dijemput untuk meraikan Aidil Fitri bersama-sama kakitangan Giat MARA bertempat di Seksyen 8 Kota Damansara. Majlis yang diadakan pada Hari Sabtu 16 August 2014 itu turut dihadiri oleh ADUN Kota Damansara, YB Halimaton Saadiah Borhan yang telah sudi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang hadir.

 




Majlis Sambutan Hari Raya Bersama MRT Corp

MRT Corp menjemput anak-anak Wardatul Jannah ke majlis sambutan Aidil Fitri bertempat di Bangunan Matrade pada hari Sabtu 16 August 2014.  Pihak MRT juga telah bermurah hati menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yang hadir pada majlis tersebut.

Wednesday, August 6, 2014

Promosi Wardatul Jannah Melalui Bersamamu TV3

Yayasan Wardatul Jannah dengan kerjasama TV3 bakal mempromosikan fasiliti Wardatul Jannah melalui program Bersamamu. Fokus usahasama ini adalah untuk menghebahkan tentang peluang pengambilan penghuni-penghuni baru untuk rumah anak yatim ini bagi mengisi kekosongan sedia ada serta penggantian tempat anak-anak yang bakal menamatkan pelajaran Tingkatan 5 pada hujung tahun ini.

TV3 diwakili oleh Mazlin Nordin dan Teh Syuhaida Mat Sharip telah datang untuk membuat tinjauan tempat dan berbincangdengan lebih lanjut  tentang pengisian slot tersebut dengan pihak Wardatul Jannah pada hari Rabu 6 August 2014.

Penghuni Wardatul Jannah bergambar kenangan bersama Mazlin Nordin dan Teh Syuhaida

Tuesday, August 5, 2014


video

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014/1434H buat seluruh umat islam di Malaysia. Maaf Zahir dan Batin. Ikhlas dari kami, Pemegang Amanah, pihak pengurusan dan semua warga Yayasan Anak Anak Yatim Wardatul Jannah.