Search This Blog

Kompleks Pembangunan Insan

Untuk jangka masa panjang, Yayasan berhasrat untuk mendirikan sebuah Kompleks Pembangunan Insan. Kompleks yang moden dan lengkap ini akan memberi peluang untuk mewujudkan satu pusat pembangunan dan pendidikan anak-anak yatim yang kekal dan lebih besar, sesuai untuk menampung 150 orang anak-anak yatim, lelaki dan perempuan dari seluruh Malaysia.

Institusi kebajikan ini dirancang supaya menjadi yang terunggul di negeri Selangor dan akan diusahakan supaya menjadi salah satu contoh institusi anak-anak yatim yang diuruskan secara bijaksana dan profesional.


OBJEKTIF

Objektif utama Yayasan ini adalah untuk membangunkan nilai-nilai insan khususnya golongan anak-anak yatim dan fakir miskin demi melahirkan generasi muda yang kompeten di dunia dan akhirat.

Objektif sampingan Yayasan adalah untuk memainkan peranan dalam membina masyarakat yang berkualiti melalui bantuan dan program-program pembelajaran dan kebajikan yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat.

LOKASI KOMPLEKS PEMBANGUNAN INSAN WARDATUL JANNAH

Sebidang tanah berukuran 4205 meter persegi (45,333 kaki persegi) di Jalan Rimba Riang 9/1 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor telah dikenalpasti bagi tujuan pembinan.

Tanah ini dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). PKNS telah bersetuju untuk menjual tanah ini kepada Yayasan pada harga istimewa RM 1.36 juta (RM 30 sekaki persegi) berbanding harga pasaran RM 2.72 juta (RM 60 sekaki persegi.

KEMUDAHAN DAN FASILITI

Kompleks 2 tingkat yang dianggarkan menelan belanja lebih kurang RM 5.6 juta ini bakal mempunyai kemudahan-kemudahan berikut :

Dormitori untuk anak-anak yatim lelaki dan perempuan
Bilik-bilik kuliah / tuisyen
Dewan Serbaguna
Dewan Makan
Dapur
Bilik Konferens
Bilik Guru
Pusat Sumber
Surau
Kafetaria
Bilik Komputer
Bilik Riadah
Bilik Tamu
Ruang Legar
Kawasan Permainan
Pejabat Pentadbiran
Tempat Tinggal Kakitangan
Stor
Tempat Letak Kereta

Bangunan ini dirancang untuk menampung penginapan dan pendidikan sejumlah 150 penghuni ini dijangka siap pada tahun 2013.

SUMBANGAN DAN DANA PEMBANGUNAN

Untuk merealisasikan pembinaan Kompleks Pembangunan Insan ini, pihak Yayasan mengharapkan agar para dermawan dapat sama-sama membantu menyumbang melalui

1. Saham Wakaf Lantai bernilai RM 150 sekaki persegi
2. Saham Akhirat bernilai RM 10 seunit
3. Potongan tatp infaq 2.5% atau lebih dari para dermawan secara bulanan
4. Sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai, bahan binaan, pemberian zakat dan lain-lain yang bersesuaian dengan syariat.

CARA PEMBAYARAN

Cek dibuat atas nama

YAYASAN ANAK-ANAK YATIM WARDATUL JANNAH

atau disumbangkan terus ke akaun

CIMB The Strand
43-G Jalan PJU 5/20
Pusat Perdagangan Kota Damansara
Petaling Jaya
No Akaun CIMB : 1283-0000-230-10-3
www.cimbclicks.com.my


SIJIL SUMBANGAN DAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI

Sumbangan melalui skim Saham Wakaf Lantai akan diberikan SIJIL sebagai bukti sumbangan.

Setiap sumbangan termasuk melalui skim Saham Wakaf Lantai juga akan diberikan resit pengecualian cukai, sebaik-baik sahaja permohonan Yayasan untuk tujuan ini diluluskan oleh LHDN.

MAKLUMAT PENTADBIRAN

Untuk kemudahan urusan merekodkan sumbangan dan mengeluarkan resit seperti di atas, pihak Yayasan memerlukan maklumat-maklumat berikut daripada para dermawan

Nama
No Kad Pengenalan
Alamat Rumah atau Pejabat
No Telefon
Alamat E-Mail

Maklumat di atas boleh disampaikan melalui mana-mana Ahli Lembaga Pembangunan Yayasan Wardatul Jannah sekiranya sumbangan dibuat melalui ahli lembaga.

Untuk sumbangan terus ke Akaun Bank CIMB, sila e-mailkan maklumat di atas kepada

Datin Hajjah Ani Mawar Abdullah, FCCA, AFMIM
Bendahari / Pemegang Amanah Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah
E-Mail : YWJannah@gmail.com

AHLI LEMBAGA PEMBANGUNAN YAYASAN WARDATULJANNAH

Pengerusi
Dato' Haji Shakir Husein Khalid (019-3388533)

Setiausaha
Tuan Haji Syed Azarin Datuk Syed Zainal Abidin Jamalullail (012-3341490)

Bendahari
Tuan Haji Zahari Mohd Rashid (019-2129063)

Pengurus Operasi
Tuan Haji Ab Talib Md Yatim (019-2248970)

AJK Rekabentuk Bangunan
Tuan Haji Ir Arul Hisham Abdul Rahim (012-3226884)
Tuan Haji Sr Abd Razak Mohd Isa (016-2769313)
Tuan Haji Alpadzul Abu Hassan (019-2815671)
Tuan Haji Mohammad Zulfaqhar Hassan Basri (013-3974447)

AJK Promosi dan Sumbangan
Tuan Haji Khairuddin Jalaluddin (019-3123465)
Tuan Haji Rosli Dahlan (017-9803090)
Dato' Haji Mohd Shaid Taufek (012-2144664)
Mej.Jen.(B) Dato' Haji Mamat Ariffin Abdullah (019-3580443)
Tuan Haji Mohd Nor Abu Bakar (012-6475346)
Tuan Haji Azman Mohamad (017-8755062)
Dato' Haji Jaafar Haji Kamin (016-3015463)
Tuan Haji Ali Mungai (019-2682844)