Search This Blog

Rumah Anak-Anak Yatim

Anak-anak yatim di bawah jagaan Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul ditempatkan di sebuah rumah berkembar dua tingkat beralamat

43 Jalan Rimba Riang 9/8
Kota Damansara
Petaling Jaya

Rumah ini boleh menempatkan seramai 22 -24 orang anak yatim pada satu-satu masa.

Disebabkan ruang yang terhad, buat masa ini pihak Yayasan hanya menerima permohonan kanak-kanak LELAKI berumur di antara 9 - 12 tahun.



FASILITI BERHAMPIRAN

Rumah ini berada di lokasi yang strategik di Kota Damansara di mana ia dikelilingi oleh fasiliti berikut

1. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Kota Damansara
2. Surau Al-Ulum Kota Damansara
3. Taman Permainan dan Rekreasi

Lokasi yang strategik ini membolehkan anak-anak menikmati kemudahan yang disediakan dengan hanya berjalan kaki.

SEKOLAH DAN KELAS TAMBAHAN

Anak-anak WardatulJannah dihantar ke sekolah seperti berikut :

1. Sek. Keb. Sek. 9, Kota Damansara (anak-anak sekolah rendah)
2. Sek. Men. Keb. Sek. 10, Kota Damansara (anak-anak sekolah menengah)

Untuk mempastikan anak-anak ini tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan sekelas, pihak Yayasan mengaturkan kelas tambahan waktu petang, malam dan hujung minggu bertempat di Wardatul Jannah sendiri. Antara kelas-kelas yang dianjurkan adalah seperti berikut

1. Kelas Agama dan Fardhu Ain
2. Kelas Bahasa Inggeris
3. Kelas Matematik
4. Kelas Sains

AKTIVITI REKREASI

Selain daripada kegiatan ko-kurikulum di sekolah, anak-anak Wardatul Jannah juga didedahkan dengan aktiviti sampingan seperti program lawatan ke Petrosains, Menara Berputar, Zoo Negara dan sebagainya.

Di samping itu, dari masa ke semasa, sukarelawan dan para dermawan menaja aktiviti riadah anak-anak ke kebun buah-buahan dan seumpamanya.

AJK PENGURUSAN

Buat permulaan, aktiviti Wardatul Jannah banyak bergantung kepada sokongan dan bantuan daripada sukarelawan berikut :

Puan Mahanum Abdullah (Pengerusi)
Puan Haslena Ismail
Puan Zuraidah Abdul Mutalib
Puan Zuraifah Abu Bakar

Pihak Yayasan juga mengalu-alukan sukarelawan baru yang ingin menawarkan bantuan dan tenaga dalam meningkatkan prestasi pengurusan rumah anak-anak yatim ini.

Sila hubungi pihak Pemegang Amanah untuk maklumat lanjut.