Search This Blog

Peluang Kerjaya

Untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran operasi harian Rumah Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah, pihak Yayasan memerlukan kakitangan yang amanah dan bertanggungjawab dalam menunaikan tugasan harian.

PELUANG KERJAYA

Antara jawatan yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

Warden

Secara umumnya warden bertanggungjawab menjaga kebajikan harian anak-anak termasuk mempastikan keperluan makan-minum disediakan seperti sepatutnya,keperluan pakaian dan peralatan tersedia dan seumpamanya.

Warden juga bertanggungjawab mempastikan bahawa anak-anak selamat pergi dan pulang dari sekolah seperti yang ditetapkan, tugasan "homework" anak-anak diselesaikan dan memberi tunjuk ajar sekiranya perlu, mewakili pihak Yayasan dalam perbincangan dengan pihak sekolah sekiranya ada apa-apa isu berbangkit, mengatur program tuisyen dan kelas agama pada waktu petang dan menangani semua isu berkaitan persekolahan anak-anak.

Di waktu senggang, warden juga dipertanggungjawabkan untuk mengatur aktiviti rekreasi, di samping mengiringi anak-anak menyertai program luar.

Warden juga wajib mempastikan persekitaran tempat tinggal adalah selamat dan bersih, peralatan dan perkakasan rumah anak-anak yatim berada di dalam keadaan baik untuk digunakan dan bekalan barangan keperluan (makanan, toilettries, sabun dan bahan pencuci dsb) sentiasa mencukupi pada setiap masa.

Kerani Pentadbiran

Penjawat diamanahkan untuk mengurus dan mentadbiran urusan berkaitan pejabat seperti urusan surat-menyurat dan menyediakan dokumen berkaitan sama ada untuk tujuan pengumpulan dana dan sumbangan, menyedia dan mengedarkan brochure berkenaan, menyimpan fail berkaitan, menerima panggilan telefon, fax, fotokopi dan seumpamanya.

Kerani pentadbiran juga dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini blog dan website serta lain-lain rekod di Internet.

Selain daripada itu, kerani pentadbiran juga diamanahkan untuk menerima sumbangan bagi pihak Yayasan. Beliau perlu menyimpan dan merekodkan terimaan sumbangan dan perbelanjaan serta resit-resit berkaitan, menyimpan buku tunai runcit dan mempastikan lain-lain tuntutan asas perakaunan dipenuhi.

Tukang Masak

Tukang masak bertanggungjawab mempastikan anak-anak dihidang dengan makanan yang bersih, lengkap dan berkhasiat. Tukang masak juga mesti menjaga kebersihan dapur dan peralatan makanan seperti mana yang ditetapkan.Tukang masak perlu mempastikan bekalan makanan sentiada mencukupi pada bila-bila masa.

Tukang masak juga bertanggungjawab mempastikan makanan dan minuman diuruskan dengan sempurna sekiranya pihak Yayasan menganjurkan apa-apa program di Rumah Anak-Anak Yatim ini.

Tukang Cuci

Secara umumnya, tukang cuci perlu mempastikan bahawa rumah anak-anak yatim dan persekitarannya sentiasa bersih. Tugas-tugas utamanya termasuklah menyapu, mengemas rumah, mencuci bilik air, membasuh baju dan menyeterika baju anak-anak yatim.

Tukang cuci juga perlu membantu membersih dan mengemaskan kembali rumah anak-anak yatim seperti sepatutnya apabila pihak Yayasan menganjurkan program dan aktiviti di rumah anak-anak yatim ini.


TERMA DAN SYARAT

Syarat Utama

Untuk memohon, calon disyaratkan

1. Mesti menyukai kanak-kanak
2. Mesti suka melakukan kerja-kerja kebajikan
3. Sanggup bekerja di luar waktu pejabat
4. Sanggup bekerja hujung minggu sekiranya diperlukan

Syarat Spesifik

Warden
1. Lelaki
2. Beragama Islam
3. Berkeluarga dan berpengalaman menguruskan anak-anak

Kerani Pentadbiran
1. Diploma Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan pejabat atau seumpamanya
2. atau mempunyai pengalaman kerja berkaitan
3. Mahir menggunakan Miscrosoft Office
4. Boleh menggunakan perisian UBS Accounts
5. Mempunyai pengetahuan asas untuk mengendalikan blog dan laman web Yayasan

Syarat Tambahan

Sebaik-baiknya calon warden dan kerani pentadbiran memenuhi kriteria berikut

1. Mempunyai personaliti menarik
2. Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan
3. Mempunyai skil asas menggunakan komputer
4. Boleh berbahasa Inggeris
5. Mempunyai lesen memandu dan ada kenderaan sendiri
6. Mahir tentang jalan-jalan dan lokasi di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan sekitarnya

CARA-CARA MEMOHON

Sila hantar permohonan dengan menyertakan maklumat di bawah kepada YWJannah@gmail.com

1. Nama jawatan yang dipohon
2. Resume
3. Gambar terkini
4. Sijil dan transkrip akademik yang berkenaan

Pihak Yayasan akan menghubungi pihak pemohon untuk mengatur sessi temuduga.