Search This Blog

Keutamaan Berzakat dan Bersedekah

MAFHUM AL-QURAN

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui..."
(Ali Imran : 92)


"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang ada pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab, dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itu adalah orang-orang yang zalim."
(Al Baqarah : 254)


HADITH SAHIH

Daripada Bushr bin Jahhas Al-Qurshi bahawa Nabi SAW telah berludah di dalam tapak tangannya pada suatu hari, kemudian Baginda meletakkan jarinya ke atas tapak tangannya itu seraya bersabda :

"Allah berfirman : "Wahai Anak Adam! Bagaimana boleh kamu melemahkan Daku dan sedangkan sesungguhnya Aku telah menciptakan kamu - (kata Baginda SAW) dari seumpama ini (sambil menekan air ludah yang ada di dalam tapak tangannya dengan jarinya) iaitu dari setitis mani, kemudian Aku menyempurnakan penciptaan kamu, lalu kamu berjalan di dalam dua helai pakaian dan bumi itu mempunyai laporan tentangmu; kamu telahmengumpulkan harta dan menahannya daripada dinafkahkan hinggalah sampai pada ketika apabila roh kamu hampir keluar dari halkum lalu kamu berkata : "Aku ingin bersedekah..." Dan adakah sekarang waktu untuk bersedekah?"

Hadis Sahih diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Hakim, Ibnu Majah