Search This Blog

Sunday, December 2, 2012

Majlis Berkhatan Beramai-ramai 2012

     
Pada 2 Disember 2012 ,Majlis Khatan Beramai-ramai telah dianjurkan bertempat di bangunan Yayasan Wardatul Jannah di Seksyen 9 Kota Damansara. Program tersebut telah mendapat sambutan dan kerjasama daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia serta penduduk sekitar Kota Damansara. 
Seramai 25 orang peserta datang menghadiri program terbabit yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keturunan.Umur para peserta kebanyakannya adalah kanak-kanak . Majlis pada pagi itu telah dirasmikan oleh YBhg. Dato'Shakir Husein Kalid, selaku Pengerusi Yayasan . Para peserta telah diberikan taklimat dan pemahaman mengenai kelebihan bagi orang yang sudah berkhatan kerana ianya merupakan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W selain dapat mengelakkan diri  daripada penyakit kelamin.
Pegawai Perubatan yang bertugas pada hari itu ialah Doktor Pakar dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dengan dibantu oleh beberapa kakitangan yang lain serta pelatih dari Management &  Science University (MSU). Berbagai-bagai karenah dan tingkah laku dapat dilihat sewaktu para peserta menunggu giliran.

Wednesday, October 5, 2011

Dana untuk Kompleks Pembangunan Insan Wardatul Jannah



Yayasan Wardatuljannah akan menganjurkan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan pembinaan Kompleks Pembangunan Insan Wardatul Jannah.

Sumbangan para dermawan amat dialu-alukan. Jangan lepaskan peluang berhibur sambil menyumbang. Sila hubungi pihak kami seperti di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Thursday, June 16, 2011

Kaedah Menderma Melalui Sumbangan Zakat

Sila klik paparan e-mail di bawah untuk mendapat bacaan lebih jelas.

Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat kepada Ibu-Ibu WardatulJannah




Pusat Pungutan Zakat membenarkan pembayar zakat yang melebihi RM 100,000 untuk menamakan calon penerima kepada 30% daripada zakat yang disumbangkan. Alhamdullillah, Saudara Rosli Dahlan telah bermurah hati untuk menamakan Yayasan Wardatuljannah dan ibu-ibu kepada anak-anak Wardatuljannah sebagai penerima kepada sumbangan beliau.

Cek bernilai RM 2,450.00 setiap satu telah disampaikan kepada para ibu pada majlis perjumpaan bulanan ibu dan anak pada hari Ahad 17 April 2011. Cek zakat tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Wardatuljannah bagi pihak Saudara Rosli Dahlan.

Pihak yayasan sangat-sangat menghargai sumbangan Saudara Rosli kerana sumbangan tersebut sedikit sebanyak telah meringankan beban kewangan ibu-ibu yang amat memerlukan. Pihak yayasan juga sangat berbesar hati sekiranya ada para dermawan yang berhasrat untuk membuat pembayaran zakat bagi tahun 2011 mempertimbangankan untuk menamakan Wardatuljannah sebagai salah satu penerima sumbangan zakat tersebut yang akan disalurkan oleh PPZ.