Search This Blog

Thursday, August 28, 2014

1 Kelas 1 Hati 1 Hamper

Pada hari Khamis 28/08/14 anak-anak Wardatul Jannah telah dikejutkan dengan penghadiahan hamper dari SMK Seksyen 10 Kota Damansara yang telah singgah untuk menyumbangkan hamper kepada mereka.

Rombongan SMK S10 yang diketuai oleh Cikgu Hanim dari Unit Bimbingan dan Kaunseling tiba lebih kurang pukul 4.00 pm. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program unit tersebut yang dinamakan Program "1 Kelas 1 Hati 1 Hamper" di mana hamper-hamper diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih yang terdiri daripada rumah-rumah anak yatim dan rumah warga emas.

Pihak Wardatul Jannah berasa sungguh terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh SMK Seksyen 10 ini. Semoga usaha pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling akan memberi impak berkesan dalam menerapkan nilai-nilai murni di dalam jiwa anak-anak bimbingan mereka di sekolah tersebut.

Terima kasih Cikgu!