4 buah Tabung Sumbangan Komplek Yayasan Wardatul Jannah telah disediakan oleh Jawatankuasa Dana Yayasan.
Tabung-tabung ditempatkan di surau-surau utama Kota Damansara seperti Surau Al-Ulum Seksyen 9, Surau Assahabah Seksyen 7 dan Masjid Kota Damansara.
Perlu dimaklumkan bahawa kutipan sumbangan melalui tabung tidak akan dikeluarkan resit pengecualian cukai kerana pihak yayasan tidak dapat mengenal pasti butir-butir peribadi penderma. Sekiranya anda berhajat mendapatkan resit tersebut, sila sampaikan sumbangan terus kepada Penolong Pengurus Yayasan di pejabat Yayasan, En Mohd Hassanul Arif, atau mana-mana AJK Yayasan.
Sila kongsikan maklumat dengan para dermawan yang berhasrat untuk menyumbang.
43 Jalan Rimba Riang 9/8 Kota Damansara Petaling Jaya Tel 03-61502421
Search This Blog
Thursday, March 30, 2017
Tuesday, March 28, 2017
Bengkel Taksiran Zakat Terkini 2017
Lembaga Zakat Selangor sentiasa mengemaskini kaedah pentaksiran zakat bersesuaian dengan dapatan kajian dan fatwa terkini.
Lanjutan itu, bengkel tahunan sentiasa diadakan bagi berkongsi maklumat dengan ejen pungutan zakat yang dilantik oleh pihak LZS.
Bagi tahun 2017, bengkel telah dianjurkan di Hotel De Palma Shah Alam pada 28 Mac 2017 dan dihadiri oleh Datin Ani Mawar Abdullah, En Asmizan Isman dan En Mohd Hassanul Arif.

Maklumat lanjut sila klik Modul Kefahaman Fatwa Zakat Terbaharu 2017
Monday, March 13, 2017
Seminar Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak
PERMATA telah menganjurkan Seminar "Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak" pada 13 - 14 Mac 2017 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Dato' Shakir Husein Kalid dan Datin Ani Mawar Abdullah telah menghadiri seminar tersebut sebagai persediaan mengendalikan kemungkinan berlaku risiko berkenaan terhadap anak-anak jagaan Yayasan Wardatl Jannah.
Seminar turut dihadiri oleh leh Ustaz Mahadi dari Smart Furqan.

Sunday, March 5, 2017
Projek Gotong Royong Kelab Anggun Damansara Damai
Para sukarelawan dan dermawan dari Kelab Anggun Damansara Damai telah mengadakan lawatan sehari ke rumah Yayasan Wardatul Jannah pada 5 Mac 2017.
Rombongan disambut oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wardatul Jannah yang terdiri daripada Puan Mahanum, Puan Haslena, Puan Zuraifah, Puan Zuraidah serta Penolong Pengurus Yayasan Wardatul Jannah, En Mohad Hassanul Arif.
Program dimulakan dengan gotong-royong membersihkan rumah Yayasan ...

dan diakhiri dengan sedikit jamuan serta penyampaian sumbangan.
Thursday, March 2, 2017
Sumbangan Peralatan dan Kelengkapan Kompleks Pembangunan Insan
Pihak Yayasan berbesar hati menerima kunjungan Puan Zurina dari Shah Alam yang bermurah hati untuk menyumbangkan peralatan dan kelengkapan untuk Kompleks Pembangunan Insan apabila disiapkan kelak.
Puan Mahanum Abdullah telah mengiringi Puan Zurina untuk melawat dan melihat perkembangan pembangunan dan memberikan penerangan yang berkenaan.
Puan Mahanum Abdullah telah mengiringi Puan Zurina untuk melawat dan melihat perkembangan pembangunan dan memberikan penerangan yang berkenaan.
Tuesday, February 21, 2017
Tuisyen Bahasa Inggeris Berterusan
Tidak dinafikan anak-anak Yayasan agak lemah penguasaan Bahasa Inggeris.
Namun begitu, mereka bertuah kerana sentiasa ada sukarelawan sekitar yang sanggup meluangkan masa memberi bimbingan secara berterusan - antaranya oleh Puan Aida Norzeti ...
Namun begitu, mereka bertuah kerana sentiasa ada sukarelawan sekitar yang sanggup meluangkan masa memberi bimbingan secara berterusan - antaranya oleh Puan Aida Norzeti ...
Friday, February 17, 2017
Mesyuarat JK Dana 01/2017
Mesyuarat JK Dana pertama bagi tahun 2017 telah diadakan di pejabat AHAR Consults pada 17 Februari 2017.
Agenda berkisar sekitar program mengumpul dana untuk tujuan membeli perabot dan peralatan untuk Kompleks Pembangunan Insan yang sudah hampir disiapkan.
Agenda berkisar sekitar program mengumpul dana untuk tujuan membeli perabot dan peralatan untuk Kompleks Pembangunan Insan yang sudah hampir disiapkan.
Program Tajaan Anak-Anak UPSR 2017
Alhamdulillah dengan bantuan para dermawan, anak-anak ini telah ditaja sebanyak RM 250 seorang untuk tujuan program persediaan UPSR yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Wednesday, February 8, 2017
Sumbangan Zakat AHAR Consults
Semoga Allah murahkan rezeki AHAR Consults yang bermurah hati menyumbang zakat untuk pembangunan anak-anak di Yayasan Wardatul Jannah!
Sumbangan disampaikan sewaktu Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah dijalankan untuk membincangkan cadangan program tahfiz di kompleks yang bakal disiapkan.
Sumbangan disampaikan sewaktu Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah dijalankan untuk membincangkan cadangan program tahfiz di kompleks yang bakal disiapkan.
Sunday, February 5, 2017
Gotong Royong Lagi
Ekoran gotong royong di Surau Al-Ulum pada minggu sebelumnya, anak-anak meneruskan projek tertunggak dengan membantu meneruskan kerja-kerja pembersihan surau pada pagi Ahad 5 Februari 2017.
Seperti biasa, Hj Talib dan Puan Mahanum sedia membantu dan mengawasi usaha-usaha murni khidmat masyarakat ini.

Seperti biasa, Hj Talib dan Puan Mahanum sedia membantu dan mengawasi usaha-usaha murni khidmat masyarakat ini.

Friday, February 3, 2017
Kelas Tambahan Bahasa Inggeris
Kelas tambahan sentiasa dititik beratkan untuk mempastikan anak-anak Yayasan standing dengan rakan-rakan sekelas di dalam pembelajaran mereka. Oleh itu pihak pengurusan berusaha menyediakan kelas-kelas tambahan di waktu petang dan malam untuk penghuni-penghuni Yayasan.
Untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM, Puan Haslena Ismail tampil membantu memberikan bimbingan peribadi dalam menguasai Bahasa Inggeris. Kelas dikendalikan di ruang ulangkaji tingkat 2 rumah Yayasan.
Mudah-mudahan usaha ini membuahkan hasil yang diharap-harapkan.

Sunday, January 29, 2017
Gotong Royong di Surau Al-Ulum
Khidmat masyarakat sambil mengeluarkan peluh!
Seperti biasa, team Wardatul Jannah diketuai dengan jayanya oleh Hj Talib.
Friday, January 20, 2017
Sembahyang Berjemaah di Surau Al-Ulum
Pada kebiasaannya, anak-anak akan bersembahyang berjemaah di Yayasan kerana kekangan waktu mengejarkan kelas persekolahan, aktiviti ko-kurikulum dan kelas tambahan.
Walaubagaimanapun, pada hujung minggu, anak-anak dibawa memesrai surau sekitar, khasnya Surau Al-Ulum yang terletak berhampiran dengan rumah Yayasan. Anak-anak menunaikan solat bersama-sama Jemaah surau dan didedahkan dengan program ilmu yang dikendalikan oleh pihak Surau Al-Ulum

Saturday, January 14, 2017
Lawatan ke Smart Furqan
Ahli-ahli Pemegang Amanah Yayasan Wardatul Jannah telah mengadakan satu lawatan ke Smart Furqan bertempat di Seksyen 6, Kota Damansara.
Lawatan bertujuan untuk meninjau dan menambah ilmu pengurusan tahfiz integrasi sebagai persediaan untuk menguruskan pusat tahfiz integrasi Yayasan yang dirancang beroperasi pada bulan Julai 2017.
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan telah diperkenalkan dengan pihak pengurusan dan kakitangan Smart Furqan. Dato' Shakir Husein Kalid, Datin Ani Mawar Abdullah dan Hj Talib M Yatim telah dibawa melawat asrama, pejabat, dean makan, surau, kelas serta lain-lain fasiliti yang terdapat di pusat tahfiz tersebut. Pihak Pengurusan Smart Furqan juga telah bermurah hati berkongsi pengalaman dan tips-tips pengurusan terbaik bagi menjayakan sebuah program tahfiz integrasi.
Lawatan pada hari Sabtu 14 Januari 2017 tersebut diakhiri dengan sembahyang berjemaah Dzohor bersama-sama dengan pelajar-pelajar Smart Furqan.

Mesyuarat Pertama AJK Pengurusan 2017
Pihak Yayasan mengalu-alukan kedatangan dua ibu sukarelawan untuk menyertai Jawatankuasa Pengurusan Yayasan!
Selamat datang Puan Zuraidah dan Puan Zuraifah!
Mesyuarat pertama yang telah diadakan pada pagi Sabtu 14 Januari 2017 turut disertai oleh Penolong Pengurus Yayasan, En Mohd Hassanul Arif.
Mesyuarat diakhiri dengan ramah mesra bersama anak-anak yang menghuni Yayasan.

Friday, January 13, 2017
Tahun Baru Baju Baru
Membuka lembaran 2017, Hj Talib, Puan Mahanum dan En Hassanul Arif membawa 15 orang anak-anak Yayasan ke Wisma Yakin untuk membeli 2 pasang baju melayu untuk solat dan kelas.
Rombongan pada 2 Januari 2017 ini menggunakan van Yayasan yang boleh memuatkan 12 orang sementara 3 orang lagi diangkut menggunakan kereta persendirian.
Kami mengalu-alukan sumbangan ramai untuk membantu membeli atau mendapatkan sebuah van baru yang lebih besar dan selesa .....

Sunday, January 1, 2017
Sambutan Tahun Baru 2017
Selamat Kembali ke Yayasan!
Sebelum itu anak-nak telah dibawa bersiar-siar ke Desa Park City sebelum memulakan sessi persekolah 2017 ...

Sebelum itu anak-nak telah dibawa bersiar-siar ke Desa Park City sebelum memulakan sessi persekolah 2017 ...

Sumbangan Perkakasan dan Peralatan Rumah daripada NAMA Foundation
Pertubuhan Antarabangsa NAMA Foundation dengan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Saleh Bazead dan diiringi oleh Tuan Haji Rosli Dahalan telah sudi meluangkan masa menziarahi Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah pada pagi Sabtu 31 December 2016.
Rombongan beliau telah disambut oleh Tuan Hj Talib Yatim dan Puan Mahanum Abdullah yang telah memberi serba sedikit taklimat tentang perjalanan Yayasan beserta keperluan-keperluannya.

Rombongan beliau telah disambut oleh Tuan Hj Talib Yatim dan Puan Mahanum Abdullah yang telah memberi serba sedikit taklimat tentang perjalanan Yayasan beserta keperluan-keperluannya.

Pihak NAMA Foundation juga telah bermurah hati menyampaikan sumbangan peralatan dan perkakasan untuk kegunaan Yayasan.
Diharapkan NAMA Foundation akan terus menyokong usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti Yayasan di masa-masa akan dating.
Subscribe to:
Posts (Atom)