Search This Blog

Sunday, January 1, 2017

Sumbangan Perkakasan dan Peralatan Rumah daripada NAMA Foundation

Pertubuhan Antarabangsa NAMA Foundation dengan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Saleh Bazead dan diiringi oleh Tuan Haji Rosli Dahalan telah sudi meluangkan masa menziarahi Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah pada pagi Sabtu 31 December 2016.

Rombongan beliau telah disambut oleh Tuan Hj Talib Yatim dan Puan Mahanum Abdullah yang telah memberi serba sedikit taklimat tentang perjalanan Yayasan beserta keperluan-keperluannya.

 


Pihak NAMA Foundation juga telah bermurah hati menyampaikan sumbangan peralatan dan perkakasan untuk kegunaan Yayasan.

Diharapkan NAMA Foundation akan terus menyokong usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti Yayasan di masa-masa akan dating.